Hari nie dah 28-Januari, sekejap jer masa dah berlalu dan Januari 2010 hampir melabuhkan tirainya... memang betul apa kata-kata Imam Al-Ghazali tentang masa, iaitu soalannya kepada anak2 muridnya... "Apakah yang paling jauh" jawapannya adalah masa lampau... walaupun sesaat yang telah berlalu, kita tidak akan dapat kembali kewaktu itu. dan sesungguhnya tuhan juga telah bersumpah di atas masa (Surah al-Asr) iaitu Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.. dan berpesan2 meraka itu dengan kebenaran dan berpesan2 mereka itu dengan kesabaran..

Kalau diimbau kembali... sehari berapa sangat lah masa kita dihabsikan untuk bermunajat mengadap pencipta yang agung... kalau dihimpunkan sepanjang hayat kita nie.. berapa sangatlah masa untuk kita beribadat jikalau dibandingkan dengan masa yang kita habiskan sepanjang usia kita....

Wallahu a'alam..

Hari tu aku dapat satu hari cuti un-recorded.. tak tahu lah kenapa kompeni aku baik hati sangat nak bagi staff dia cuti tambahan.. tapi kena amik hari Sabtu jer sebelum 23-Jan-10. Asalnya nak amik masa 2-Jan hari tu... tapi macam tak best pulak sebab baru jer naik cuti. So aku apply la 16-Jan. Tak bagi tau pun my dear princess nak balik 16-Jan nie. Sajer nak buat surprise... Ingat pagi2 sabtu lepas subuh sajer nak muncul depan rumah sewa dia.. pastu sebelum tu wat2 msg macam aku ada kat Lumut sedang nak pergi kerja... ahakss.. sekali dah kena surprise dulu... Sib baik mak aku pergi melawat menantu dia sorang nie.. kalau tak tak tau pun aku wife aku plan nak pg KL tarikh 16-Jan.. hehehe.. kalau tak alamatnya awak pergi KL saya balik Johor sensorang.. ahakss...

Orang kata.. masa dah kahwin.. pergi lah melawat tempat yang kita selalu pergi masa zaman bercinta dulu.. sebab akan mengimbau kenangan manis saat2 bercinta... Tapi bagi aku dengan wife aku.. dah kahwin nie pun selalu gak pergi tempat2 yang selalu pergi dulu.. then bila sampai..."eh-teringat la dulu first time kita kuar kat sini..."- contohnya la.. kadang2.. wording tu jadi.."teringat lah awak majuk kat sini dulu.. muncung jer bibir sampai balik sebab tak belikan kasut.."ahakss..habis lepas nie kena tumbuk dekat perut sebab bocor rahsia... means pada aku seronok untuk share.. sebab sama-sama alami pengalaman yang sama.... :)

Tapi... yang kelakar... dan kadang2 orang tak percaya... kami tak pernah tengok wayang bersama.. macam kelakar.. ahakss.. takper2 nanti ada movie yang best kita tengok sama... :) So pergi panggung wayang takder cita nak share... banyak kuar pergi tempat2 makan kot... (restoran jentayu BP.. lagi... Sabar Mananti Ipoh.. ahakss.. lokasi2 favorite spot untuk makan... Mama and Papa pasal makan jangan risau yer.. insya'allah cukup saya bagi makan anak mama nie... :) sebab asal kuar jer pergi tempat makan...



Hahah.. Bila nak tukar cat keta jadi warna camnih nie...?! Sekali imbas.. Lampu depan macam sama... Skirting sama... Sport rim tak sama takper... huhuhu.. lama dah mimpi nie.. hehehe... apatah lagi sejak kena langgar mamat poyo mana ntah.. screw-up la.. :p Ingat nak lawan itu Nissan Bluebird 4994 laa... ekekeke...

Tirai tahun baru 2010 masuk hari ini telah 8 hari berlabuh.. Masuk Januari-2010 nie telah genap 1 tahun 6 bulan aku merantau di Perak nie. Akan adakah perantauan lagi lepas nie.. hehehe... Pasir Gudang - Aku pernah praktikal dekat sana, Fobia giler dengan highway pasir gudang, yer lah dulu naik motor kriss JFB 7969 jer masa praktikal.. berderau darah bila lalu dekat highway Pasir Gudang bila trailer membawa kontena lalu dekat sebelah... Bercakap tentang Kuala Lumpur pula - Hampir 3 tahun aku hidup sebagai warga kota Metropolitan. Paling best adalah menggunakan pengangkutan awam, tu jer lah yang aku mahir pun dekat KL nie... STAR, PUTRA, Bas Intrakota (sekarang nie Rapid KL) selalu menjadi pengangkutan popular. Nak naik motor dekat sana, confirm sesat.. hehehe.. maklumlah.. Kampung Boy.. :).. Tapi tak best pulak sebab jem.. adoiyaii... Kalau kerja pun dah penat.. nak balik rumah jem.. lagilah penat... Bercakap tentang Johor Bahru - 5 Tahun aku stay dekat Skudai nie - O.k la.. Not too bad area skudai nie. Kira complete la dengan facilities, tempat shopping, nak tengok wayang boleh pergi Plaza Pelangi (tempat aku dengan Aryen selalu pergi) sebab murah.. hehehe.. Hujung minggu karaoke dekat Danga Bay... Kedai mamak pun berlambak... Safiah ada.. Aliff ada.. hehehe.. Kalau area Skudai nie maybe tak la Jem sangat.. kira ok la.. Dari JB kita ker daerah Manjung/Sitiawan/Lumut - Kat sini bandar agak kecik, ingat kalau compare dengan Muar tu rasanya besar lagi bandar Muar. Tapi kat sini pda aku even bandar tak besar tapi facilities sumer cukup, Bank ada macam-macam... Giant ada, the store pun ada.. ermm Tesco incoming.. Stadium pun ada.. Kedai makan punya lah macam2... Nasi lemak Sri Sarawak, Bakau di Muara, Rojak Manjung, Restoran Mamak Biriyani (tempat lepak petang2 bebudak office sambil mengumpat ekekeke).. pastu yang best Teluk Batik dekat.. (lama tak mandi sana) Pulau Pangkor pun dekat... (lama tak snorkling.. bila nak pergi lagi nie...?) Ikan kering banyak dekat Lumut.. Kira jatuh hati juga lah aku dengan area nih.. sib baik bukan kaki pancing (untuk kaki pancing.. yes this is the place).. Persoalan yang bermain difikiran sekarang nie adalah nak seattle down dekat mana...? adoiyaii.. penat gak fikir... takper2 kena bincang dengan assistant manager nanti.. :) Kita Brain storm yer... hehehe...

p/s: Love your job but don't until you fall in love with your company, because you don't know when the company will stop loving you... hehehe.. (moto yang tengah hangat sekarang)... mungkinkah ada kejutan untuk tahun 2010 nie??


Alhamdulillah.. hari nie dah pun kita memasuki 1-Januari 2010. Bersyukur kita kerana masih lagi dikurniakan nikmat usia untuk melihat keindahan alam ciptaan tuhan ini.. Pada aku tahun baru kali nie banyak sangat bezanya dengan tahun baru yang sebelum2 nie... Lebih2 lagi tahun baru kali ini ada orang tersayang... Tahun baru kali nie berstatus suami orang.. tak leh enjoy celebrate new year tak tentu pasal... (tapi sebelum2 nie tak pernah juga pun)..

Mengimbau Majlis dekat Johor hari tue.. Alhamdulilah.. rasa meriah sangat... biasalah dekat kampung.. ada rewang2.. sedara mara pun ramai juga datang.. Thanks untuk kawan2 yang sudi datang Majlis dekat Muar.. Absy denga Afif (sampai sesat2 korang), Aryen dengan wife and baby yang comel.. mekasih... Abang Saiful (waahh macam bawak kereta baru jer...)Nurul Izzah (thanks juga datang, tapi tak jumpa pun... tau sebab ada hadiah jer.. apa pun thanks), My ex-housemate Epul, mekasih datang bro.. (ko pun sampai sesat juga.. maklumlah rumah pengantin duduk nun diceruk) :). Tak lupa juga Mr. and Mrs. Lee (thank for coming)... sedara mara dan juga orang2 kampung.. isshh sibuk rewang.. mekasih..



Alhamdulilah... dengan sekali lafaz, izin berwali, lafaz bersaksi.. Tunai sudah impian untuk membina rumah tangga dengan orang yang tersayang. Secara automatic status bertukar.. Tanggung jawab bertambah.. amanah perlu dijaga dengan baik.. Insya'allah...

Hari nie aku masih bercuti.. esok akan kembali semula ke office sampai hari rabu.. dan khamis akan mula bercuti semula untuk majlis dekat Johor... Terima kasih untuk rakan-rakan dan sahabat handai yang sudi datang bersama memeriahkan majlis perkahwinan kami. Yang aku sempat jumpa.. Amzari, Faizul, Ajak, Sham, Abbas, Nuar, erdy, Leman, Ashraff, Ghaffur dan tak lupa Nai.. mekasih turun dari Labuan.. terkilan juga cepat sangat nak balik KL sampai tak sempat nak makan nasi.. apa pun thanks..

Terima kasih juga untuk rombongan saudara mara yang sudi bertandang ke Ipoh.. Especially mak and Abah.. Thank you so much.. Adik aku farhan.. mekasih bro..
Dan kepada semua tetamu yang datang ke Majlis di Ipoh Terima kasih banyak.



Untuk Isteriku yang sah, Liyana Bte Baharudin.. saya dedicate lagu kat bawah untuk awak yer.. mekacih.. ;)

Kasihmu Amanahku
By:Inteam

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

"Kenangan.. saat berputiknya nya cinta bersama.. kau dan aku.. berjanji berdua.." tetiba terpanggil menulis entry nie. Hmm.. lagi beberapa hari jer aku akan menamatkan zaman bujang.. nak jadi suami orang dah. Cuma kadang2.. bila teringat kembali awal perkenalan dengan my dear princess.. unik sangat. Thanks yer sayang tabah menghadapi segala rintangan sampai lah ke hari nie..

Kalau nak diikutkan.. kenal dengan my dear princess nie pun secara tak sengaja. Tapi aku percaya takdir tuhan.. qada' dan qadar serta ketentuan tuhan bahawa jodoh manusia itu datang dengan berbagai cara. Memang manusia itu dijadikan berpasangan, tetapi tetapi kita tidak tahu bila dan dimana kita akan bertemu dengan jodoh kita.. so kenalah mencari... Insya'allah ada dalam pencarian itu.

Teringat waktu zaman belajar dulu.. cedihnya.. nak kuar pun naik bas.. ahakss.. jumpa pun masa nak balik muar.. siannya.. balik pun tak berhantar.. pastu aku kena cepat2 balik muar, sebab bas last ke Bukit Gambir cuma ada pukul 5.00 ptg jer. Kalau terlepas.. alamatnya pukul 11.00 malam la balik.

hmm.. banyak cerita kita share.. merajuk pun ntah dah berapa ribu kali.. hehehe.. sedih mengalirkan air mata pun ada juga.. ketawa... gembira sama-sama.. ingat kalau nak dikira ada lah kot 1 juta sms kita dah hantar dari tahun 2003 sampai 2009 (bukti cintaku padamu..uwekkss) awak jangan marah eh.. :)

Insya'allah... tanggal 19-Dec-2009 hari bersejarah untuk kita. Semoga tuhan merahmati apa yang kita bina. Semoga saya dapat menjaga amanah yang dikurniakan tuhan dan semoga awak juga jadi isteri yang solehah..